Our Legacy
Hibah Takaful: Perlindungan Pendapatan Untuk Keluarga Anda
Hibah Takaful ialah salah satu bentuk perlindungan terpenting dalam Etiqa Takaful.
Ia bertindak sebagai pengganti pendapatan sekiranya anda hilang upaya kekal atau meninggal dunia.
Dengan perlindungan ini:
keluarga anda tidak terbeban dengan komitmen bulanan,
anak-anak tetap boleh meneruskan pendidikan,
pasangan anda tidak perlu menanggung beban kewangan secara bersendirian.
Hibah Takaful memberikan simpanan dan pampasan tunai yang boleh digunakan serta-merta apabila berlaku musibah.
Selain Hibah, kami turut menyediakan perlindungan lain seperti Medical Card Takaful untuk memastikan keluarga anda dilindungi dari setiap sudut.
Hibah Takaful
Kenapa Anda Perlu Ada Hibah Takaful?
1. Melindungi Pendapatan Anda
Jika anda ditakdirkan mengalami Hilang Upaya Kekal, pendapatan anda akan terhenti serta-merta. Tanpa pendapatan, kehidupan anda dan keluarga pasti terjejas. Dengan Hibah Takaful, anda menerima pampasan tunai yang dapat digunakan untuk meneruskan kehidupan, membayar komitmen bulanan, dan mengganti pendapatan yang hilang.
2. Melindungi Keluarga Anda
Sekiranya anda meninggal dunia, keluarga akan kehilangan punca pendapatan utama. Kos sara hidup, sewa rumah, bil, pendidikan anak — semuanya tetap berjalan. Hibah Takaful memberikan wang tunai segera kepada waris supaya mereka tidak terbeban kewangan ketika menghadapi saat sukar.
3. Elakkan Aset Dibekukan (Harta Faraid)
Tanpa hibah, harta anda akan dibekukan dan mengambil masa lama sebelum boleh diagihkan. Dalam tempoh itu, keluarga mungkin tiada duit untuk meneruskan hidup. Hibah Takaful memastikan wang pampasan terus dapat kepada penama tanpa melalui proses yang rumit.
4. Kos Sara Hidup Semakin Tinggi
Kos harian meningkat setiap tahun. Jika sesuatu berlaku kepada anda, keluarga memerlukan sumber kewangan untuk memastikan kehidupan mereka stabil. Hibah bertindak sebagai talian hayat kewangan ketika waktu genting.
5. Perlindungan Dari Serendah RM50k Hingga RM4 Juta
Pelan hibah boleh disesuaikan mengikut bajet dan keperluan — dari coverage minimum sehingga jutaan ringgit.
Mengapa Perlu Pilih Hibah Takaful
Perlindungan Hibah Etiqa Takaful bermula dari serendah RM50,000 hingga RM4 Juta, tanpa perlu menjalani ujian kesihatan atau medical check-up. Etiqa Takaful juga mempunyai rekod pembayaran tuntutan antara yang tertinggi di Malaysia — RM3.19 Billion dibayar pada tahun 2024 sahaja.
Segala proses untuk mendaftar atau membuat permohonan Hibah boleh dilakukan sepenuhnya secara online, lebih mudah dan cepat bersama perunding berdaftar Etiqa Takaful.
Di bawah ialah manfaat utama dalam pelan Hibah Etiqa Takaful:
Pampasan RM3,000 Segera
Waris menerima RM3,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh & kekal (HUMK).
Tiada Pemeriksaan Kesihatan
Tidak perlu medical check-up. Hanya jawab 1 soalan kesihatan untuk terus aktif dilindungi.
Pampasan 300% (3X Ganda)
Waris menerima 300% pampasan hibah sekiranya kematian berlaku akibat kemalangan dalam Malaysia.
Pampasan 400% (4X Ganda)
Waris menerima 400% pampasan hibah sekiranya kematian berlaku akibat kemalangan di luar Malaysia.
Hibah Takaful
Bagaimana Jika Anda Ingin Memohon Pelan Hibah Etiqa Takaful?
1. Isi Borang Permohonan Quotation
Lengkapkan borang ringkas yang disediakan dengan maklumat asas diri anda. Borang ini membantu Perunding Takaful menyediakan quotation yang tepat mengikut keperluan dan tahap perlindungan yang sesuai untuk anda. Klik butang “Semak Harga Sekarang” untuk mulakan
2. Berhubung Secara Online Dengan Ejen Takaful
Selepas borang dihantar, Perunding Takaful akan menghubungi anda dalam tempoh 24 jam. Anda boleh bertanya apa-apa soalan tentang pelan, manfaat, bajet dan perlindungan yang sesuai. Sesi penerangan akan dibuat secara online dan santai—ikut masa anda..
3. Hantar Permohonan Pelan Takaful Secara Online
Jika anda setuju dengan penerangan dan quotation yang diberikan, Perunding Takaful akan bantu uruskan permohonan penuh secara online. Prosesnya mudah, cepat, dan tidak memerlukan sebarang temujanji. Permohonan akan diproses dalam masa 24 jam (Tertakluk kepada T&C).
